jangan kau khuatir
ada yang menunggumu
walau bukan dijangka
tapi lebih dari yang disangka
percaya pada takdir
kerana Allah yang menentukannya
hak kau atau aku
hak dia atau mereka
haktuih itu semua
cananglah selagi mampu
tentanglah selagi daya
bila masa kau menyerah
itu namanya pasrah
bila kau mencuba
namun tak berdaya
itu namanya redha
tengok bulan
kita sama
tengok bintang
tak tentu hala
Nota: Esok lusa masih ada. Cuma jangan lupa Yang Maha Pencipta.
No comments:
Post a Comment