semangat tak mematahkan
bukan aku yang menentukan
tapi usaha itu perlu
setiap kejayaan pasti ada yang menyusahkan
itulah cabaran
senang sangat dapat kejayaan
tak mencabar kewibawaan
seorang sedih, seorang garang
bukan nak menunjuk tapi panas baran
tersasul pilih impian
bukan boley nak tukar pendirian
kalau tak betul, kena betulkan
apalah dibanggakan kejayaan sekoyan
kalau satu pun tak menguntungkan
dah buat lepas tangan
mulalah rasa tak sedap badan
kiri kanan belakang depan
apa dibuat bukan spontan
kalau tak niat manakan jadi
menangis teresak penuh perigi
adat hidup atas muka bumi
setiap yang hidup pasti pergi
yang kekal hanyalah Illahi
kau sedar apa yang kau kata
harap tak timbul di hari tua
sakit badan merangkak diri
mata terpejam otot berdiri
ikut lelah mahu berlari
elak sakiti diri sendri
Nota: jika ada yang menyinggung diri, elakkan lah dari bertemu cinta sejati. Kerana yang kekal itu Maha Pencipta. Bukan yang kita cipta. Perasaan dibuang jauh-jauh. Agar tak lagi rasa disisih. Tak mencuba bukan bermaksud mengalah. Cuma elakkan kemungkinan bersalah. Niat baik disalah ertikan. Apakan daya hidup seorang insan.
Kita sama disisiNya. Allah itu satu.
No comments:
Post a Comment