jangan kau khuatir
ada yang menunggumu
walau bukan dijangka
tapi lebih dari yang disangka
percaya pada takdir
kerana Allah yang menentukannya
hak kau atau aku
hak dia atau mereka
haktuih itu semua
cananglah selagi mampu
tentanglah selagi daya
bila masa kau menyerah
itu namanya pasrah
bila kau mencuba
namun tak berdaya
itu namanya redha
tengok bulan
kita sama
tengok bintang
tak tentu hala
Nota: Esok lusa masih ada. Cuma jangan lupa Yang Maha Pencipta.
repekraban
Seorang insan hina disisi Allah.Cuma mahu berkongsi idea.
Monday, January 14, 2013
apalah sangat
semangat tak mematahkan
bukan aku yang menentukan
tapi usaha itu perlu
setiap kejayaan pasti ada yang menyusahkan
itulah cabaran
senang sangat dapat kejayaan
tak mencabar kewibawaan
seorang sedih, seorang garang
bukan nak menunjuk tapi panas baran
tersasul pilih impian
bukan boley nak tukar pendirian
kalau tak betul, kena betulkan
apalah dibanggakan kejayaan sekoyan
kalau satu pun tak menguntungkan
dah buat lepas tangan
mulalah rasa tak sedap badan
kiri kanan belakang depan
apa dibuat bukan spontan
kalau tak niat manakan jadi
menangis teresak penuh perigi
adat hidup atas muka bumi
setiap yang hidup pasti pergi
yang kekal hanyalah Illahi
kau sedar apa yang kau kata
harap tak timbul di hari tua
sakit badan merangkak diri
mata terpejam otot berdiri
ikut lelah mahu berlari
elak sakiti diri sendri
Nota: jika ada yang menyinggung diri, elakkan lah dari bertemu cinta sejati. Kerana yang kekal itu Maha Pencipta. Bukan yang kita cipta. Perasaan dibuang jauh-jauh. Agar tak lagi rasa disisih. Tak mencuba bukan bermaksud mengalah. Cuma elakkan kemungkinan bersalah. Niat baik disalah ertikan. Apakan daya hidup seorang insan.
Kita sama disisiNya. Allah itu satu.
bukan aku yang menentukan
tapi usaha itu perlu
setiap kejayaan pasti ada yang menyusahkan
itulah cabaran
senang sangat dapat kejayaan
tak mencabar kewibawaan
seorang sedih, seorang garang
bukan nak menunjuk tapi panas baran
tersasul pilih impian
bukan boley nak tukar pendirian
kalau tak betul, kena betulkan
apalah dibanggakan kejayaan sekoyan
kalau satu pun tak menguntungkan
dah buat lepas tangan
mulalah rasa tak sedap badan
kiri kanan belakang depan
apa dibuat bukan spontan
kalau tak niat manakan jadi
menangis teresak penuh perigi
adat hidup atas muka bumi
setiap yang hidup pasti pergi
yang kekal hanyalah Illahi
kau sedar apa yang kau kata
harap tak timbul di hari tua
sakit badan merangkak diri
mata terpejam otot berdiri
ikut lelah mahu berlari
elak sakiti diri sendri
Nota: jika ada yang menyinggung diri, elakkan lah dari bertemu cinta sejati. Kerana yang kekal itu Maha Pencipta. Bukan yang kita cipta. Perasaan dibuang jauh-jauh. Agar tak lagi rasa disisih. Tak mencuba bukan bermaksud mengalah. Cuma elakkan kemungkinan bersalah. Niat baik disalah ertikan. Apakan daya hidup seorang insan.
Kita sama disisiNya. Allah itu satu.
Sunday, January 13, 2013
Simpan Amarah yang Kau Turut
Bismillah..
Repek raban memulakan kata
Menyusun ayat-ayat geliga
Supaya menjadi halwa
Patah, luluh, marah
Kaku jari jemari
Kelu untuk berpuisi
Bukan cinta tapi benci
Tidak sepenuh hati
Namun rasa itu ditaburi
Lemah otot berurat lembut
Rambut dicarik akarnya tercabut
Gigil badan menahan serabut
Pasal siapa, tak usah disebut
Baik budi indah bicara
Tapi siapa sangka?
Dalam kata ada bisa
Benarlah khabar indah dari rupa
Bangun menentang berdiri tegak
Tinggi suara hendak membentak
Seperti bercakap dengan orang pekak
Habis liur, sakitnya tekak
Dendam amarah hasutan syaitan
Harap tak hilang perikemanusiaan
Timbal balik apa dikata
Kerana mulut badan binasa
Ku sambung urat terputus
Harap hubungan tak akan putus
Dada yang kencang diurut-urut
Menjelang nanti harapnya surut
Songsang badan selimut diri
Harap berubah terjaga nanti
Nota: Bukan semua yang indah itu baik pekerti. Ada yang dah dinasihati namun tak juga mengerti. Mungkin kau masih baru di alam ini. Konsep sebenar belum diteliti. Laman sosial bukan untuk bersembunyi diri. Kalau takut bermain api, jangan diganggu bara yang menyala. Hilang sudah hormat diri. Bukan tak suka, cuma berendah lah diri. Bukan kau yang berkuasa. Allah saja yang menentukannya. Allahualam.
Repek raban memulakan kata
Menyusun ayat-ayat geliga
Supaya menjadi halwa
Patah, luluh, marah
Kaku jari jemari
Kelu untuk berpuisi
Bukan cinta tapi benci
Tidak sepenuh hati
Namun rasa itu ditaburi
Lemah otot berurat lembut
Rambut dicarik akarnya tercabut
Gigil badan menahan serabut
Pasal siapa, tak usah disebut
Baik budi indah bicara
Tapi siapa sangka?
Dalam kata ada bisa
Benarlah khabar indah dari rupa
Bangun menentang berdiri tegak
Tinggi suara hendak membentak
Seperti bercakap dengan orang pekak
Habis liur, sakitnya tekak
Dendam amarah hasutan syaitan
Harap tak hilang perikemanusiaan
Timbal balik apa dikata
Kerana mulut badan binasa
Ku sambung urat terputus
Harap hubungan tak akan putus
Dada yang kencang diurut-urut
Menjelang nanti harapnya surut
Songsang badan selimut diri
Harap berubah terjaga nanti
Nota: Bukan semua yang indah itu baik pekerti. Ada yang dah dinasihati namun tak juga mengerti. Mungkin kau masih baru di alam ini. Konsep sebenar belum diteliti. Laman sosial bukan untuk bersembunyi diri. Kalau takut bermain api, jangan diganggu bara yang menyala. Hilang sudah hormat diri. Bukan tak suka, cuma berendah lah diri. Bukan kau yang berkuasa. Allah saja yang menentukannya. Allahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)